Mengenai Saya

lahir pada 17 ogos 1990,sedang belajar,berumur 21 tahun (OGOS TAHUN 2011),meminati dan mencari sesuatu yg baru dan menarik,melihat kepentingan ilmu seperti luas dan dalamnyer lautan PASIFIK...

Jumaat, 15 Julai 2011

Cuti-cuti kampus.......

Salam.Tetibe rase nak menceburi dunia blog nie. Boleh  merekodkan ,mengeluarkan isi dlm otak supaya tak berserabut,memeningkan kepala otak.Kalau ikut cerita "Harry Potter" mcm bekas Pensieve yg digunakan oleh Professor Albus Percival Wulfuric Brian Dumbeldore utk memberitahu Harry Potter sejarah,asal-usul Voldemort (atau name tak glamer dier Tom Marvolo Riddle).Speaking about Harry Potter, gian nak beli movie yg last "H.P AND THE DEATHLY HALLOWS PART 2". Masalahnyer SKMM dah sekat banyak website  "haram" mcm rapidshare,hotfile,filestube,megaupload ,membuatkan aku terpana(?) sebentar. Padahal sebenarnyer byk lagi cara nak jaga industri muzik tanah air mcm buat cd cite-cite melayu right-protected ke,website khas utk download lagu (ala-ala i-tunes) atau ape2 jelah,malas nak pikir.......

 Well,start cuti sem,aku perkara pertama aku cuba buat adalah cari kerja sementara (part-time) utk ngisi masa lapang dan cari duit sket ,Lagipun  aku bukan jenis boleh duduk diam satu-satu masa tanpa wat ape2. Kadang-kadang aku rasa otak aku mcm mesin superpower,perlukan aktiviti utk ia berjalan sprti normal.Seingat aku ,aku apply stesen minyak ngan kilang sawit.Tapi pengurus kilang sawit tak galakkan aku kerja kat situ bile aku kata  aku sambung belajar balik bulan September .Dia kate nak train pekerja at least amik masa 1 bulan,pastu aku lepas 2 buln nak berhenti.Dahlah byk kes kemalangan kat kilang sawit.Ada org tersepit jari kat mesin,kena stim panas sampai habis separuh muka melecur,kena dawai letrik dll.Last-last aku kerja pegawai kat ladang,lagi selamat.....

Cuti nie membuatkan aku berminat mengkaji kembali novel Sherlock Holmes yg satu mase dulu aku sgt berminat nak membaca tapi tak cukup masa.Agak memalukan jua utk aku akui pengetahuan bahasa Inggeris aku yg setakat band 3 dalam MUET menyebabkan aku pening lalat cube memahami  jln citer.Ape yg boleh aku simpulkan novel Sherlock Holmes nie dibuat oleh Sir Arthur Conan Doyle pada  1886 (rasenyer).Doyle mendapat inspirasi watak Sherlock Holmes dari professorn universitinyer yg mencadangkan idea science of logic and deduction.Dgn bantuan sidekicknyer iaitu Dr,Watson,Holmes membongkari kes-kes jenayah dgn berbekalkan akal yg tajam dan semgt yg jitu (lebih kurg). Aku percaya citer mcm Detective Conan ngan Penyiasat Remaja Hajmie Kindaichi juga mendapat inspirasi dari novel Sherlock Holmes.

Movie pun aku lyn jugak..Kl gangster,naruto movie 4,dan entah ape-ape lagi yg still aku boleh capai aku sapu semacm tapi kurg sket dari kat rumah kongsi,takde sumber.ok ,tu jerlah utk entri nie kot...